VV.I.P Yang Paling Hebat!~

Pelat pun jadi penyanyi | AkuSiPelatR

Salam.. hai kawan2.. aku terbaca satu artikel pasal artist pelat sh ni.. ni artikel aku copy n paste untuk rekod blog pelat R aku, Thanks http://edtv-zahidizakariya.blogspot.com. :)

Comment aku, aku nak ucap tahniah kat penyanyi ni walaupun dia pelat ke ape.. dia tetap berusaha!! aku tabik!!


Pelat pun jadi penyanyi..


Hai, kenal Adzrin Azhar tak? ED nak cerita pasal dia hari ini. ED baru dengar lagu dia "Pujaan Malaya" semalam kat Hot fm. Bila dengar lagunya, ED terkejut dengar dia sebut S dalam lagunya. Bunyinya jadi "Sh".. Untuk bagi anda faham, dia sebut gelisah dalam lagunya "gelishah".. Haa.. tu yang ED maksudkan. ED bukan nak kutuk dia tapi nak bagi tahu pasal orang pelat pun boleh menjadi penyanyi. Di zaman sekarang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

ED baca cerita pasal dia, lagu dia mendapat tempat di hati pendengar walaupun dia pelat S. Pengajaran hari ini, kita jangan patah semangat dengan kekurangan diri. Ini kerana sudah menjadi lumrah hidup manusia, ada kelebihan dan ada kekurangan. Jom dengar dan lihat video klip dia "Pujaan Malaya"... Dengar betul2 ye..




Bagaimana? Best tak lagu dia? ED rasa oke la.. Ada yang ED musykil pasal Adzrin ni. Sebenarnya dia pernah jadi penyanyi semasa umur dia 16 tahun. Kepada yang lupa, dia pernah berduet dengan Fazley menerusi lagu "Tapi Dia". Jom dengar suara dan lagu dia masa dulu.

Klik link dibawah:

ED rasa, dulu dia nyanyi oke je. Takde yang janggal pun. Tapi bila sekarang dia menyanyi, ketara sangat pelat S dia. Dalam Melodi, dia kata dia memang sebut S macam tu. Tapi dulu tak timbul pun isu tu? ED nak ZZ pasal Adzrin Azhar hari ini. Jom..


5 yang Zest tentang Adzrin Azhar!
  1. ED masih suka lagu "Tapi Dia" nyanyian dia dan Fazley. Best la..
  2. Adzrin mempunyai semangat yang tinggi.
  3. Dia seorang yang tabah dan tidak mudah berputus asa.
  4. Berkeyakinan tinggi dalam bidang nyanyian walaupun pelat S. 
  5. Artis pertama kot yang memperjuangkan muzik zaman dolu-dolu.. Dengarlah lagu Pujaan Malaya, macam lagu Saloma kan?

3 yang Zrett tentang Adzrin Azhar!
  1. Ada segelintir pihak yang mempertikaikan sebutan S nya. Ada yang mendakwa dia sengaja menyebut S sebegitu untuk meraih populariti.
  2. Dia kurang mendapat publisiti di media massa.
  3. Lagu Pujaan Malaya hanya dimainkan di stesen radio tertentu sahaja.



Kredit:
EDtv: Pelat pun jadi penyanyi..

No comments:

Post a Comment

♥MrPetak.Com♥

Mesti Baca R