VV.I.P Yang Paling Hebat!~

Bagaimana saya dilatih sewaktu kecil: pelat R


Aku terbaca artikel ni kat http://wawiwo.blogspot.com

Bagaimana saya dilatih sewaktu kecil: pelat R

Ingat lagi masa kecik dulu, saya pelat R.
Setiap kali sebut R akan berbunyik 'agh'.
Kalau mengaji pula, huruf 'ro' jadi 'gho'.
Abah train saya hari2 sebut R dengan betul dari kecik.
HARI-HARI.

Bertahun la jugak kan belajar sebut R dengan betul.
Pernah satu hari saya cakap kat abah macam takkan berjaya je nak dapat sebut R dengan betul macam orang lain.
Abah marah.
Katanya, kamu mesti berlatih. Mesti boleh.
Kalau tak, kamu mengaji nanti makhraj tak tepat.

Okay fine.
Layan jela abah kan dok sebut lah R sejam setiap hari.

Satu hari tu practise macam biasa.
Sebutla agh, agh, agh, agh, agh , R.

Gulp!
Macam saya tersebut R yang betul je tadi.
Sebut lagi lah kan.

R.
R.
R.

Akhirnya dapat juga sebut R !
Cuba 'ro' pulak lah.
RO. RO. RO.

Saya nampak abah senyum je.
Terus dia sambung tengok tv membiarkan saya yang jakun sebut R dan RO.

Kalau tak dipaksa, agaknya sampai sekarang lah pelat R.

Ms Wawi: Bagaimana saya dilatih sewaktu kecil: pelat R:

'via Blog this'

♥MrPetak.Com♥

Mesti Baca R