VV.I.P Yang Paling Hebat!~

DAY 6 to 11 - Sepanjang aku berdiet dengan Alpha Lipid SD2 | Testimoni Benar Aku!!

Asslamualaikum.. 

Setelah seminggu aku mengharungi program diet dengan alpha lipid SD2 ni..aku berjaya kurangkan berat sebanyak 3kg.. 

YahoooOo.. rase macam dalam mimpi..

Berkat aku ambil SD2 ni tak sia-sia rupanya.. ada jugak kesan kat badan aku ni..

Oleh kerana badan aku berisi.. SD2 membantu aku membuang lemak berlebihan di bahagian belakang pinggang yang gelebeh tue.. hehe

Ada kawan aku tegur " eh nape badan ko susut ni?.. ko sakit ker?" sampai macam tue sekali..

Aku ni ade masalah perut buncit jadi aku kene teruskan program berdiet ni untuk sebulan lagi!!~ hehehe.. baru aku akan kurus sepenuhnyer nanti!

Aku setakat ni baru sahaja habis 1 tin. Aku kene la beli lagi kat Azhar member aku tu..

Tak sabar nak tunggu gaji nanti.. nak beli SD2 1 tin. S

Sebenarnya 1 tin boleh bertahan 1 minggu sahaja. tp aku ni nak skip jimat la konon .. kalau tengah hari aku dah makan sayur2 aku tak makan la alpha lipid SD2 ni.. haha

Kalau nak berkesan terus boleh makan mengikut sukatan yang diberikan.. mesti CONFIRM kurus!!






Kalau sesiapa yang nak mencuba program diet Alpha Lipid ni boleh la terus hubungi aku yer.. 012-2545567, SMS pun boleh kalau segan. :) hehe..


P/S: Korang mesti nak tengok gambar sebelum selepas kan?.. hehe.. boleh nanti aku masukkan dalam post yang akan datang ye.. Tungguuuu

Aku Si Pelat R | Aku Dan R: DAY 5 - Aku kurang buang air besar?? | Testimoni Benar Aku!!

DAY 5 - Aku kurang buang air besar?? | Testimoni Benar Aku!!


Assalamualaikum.
Hari ni hari ke 5 aku dalam misi menguruskan badan!!~ haha

Kuruskan badan bagi lelaki kadang2 buat orang meluat!! haha terutama member2 yang rasekan tak perlu semua tu.. hehe.. tapi bagai aku selagi aku TAK KAHWIN lagi aku kene jaga penampilan lo nanti awek lari lo!!~ aharkk..

oklaahhh

Ni aku nak citer sikit pengalaman aku minum SD2 ni.. oleh kerana aku tak makan nasi n benda2 seangkatannya aku dah kurang buang air  besar.. selalu setiap pagi.. ni mcm waktu malam baru terase nak membuang air besar..

Aku bertanya dengan member aku azhar tentang hal ni.. dia ckap memang macam tu .. kene banyakkan makan sayur so dapat la aku nak buang sesuatu hahaha.. tue la sebab nyer..

so korang tak payah la takut yer.. minuman ni tak memudaratkan .. malah aku rase lebih ringan seperti ingin terbang.. <<--- ayat mengarut la tu!! haha


Aku Si Pelat R | Aku Dan R: DAY 4 - Makanan yang mesti aku MAKAN? | Testimoni Benar Aku!!

DAY 4 - Makanan yang mesti aku MAKAN? | Testimoni Benar Aku!!

Assalamualaikum..

Hari ke-4 aku berDIET dengan Alpha Lipid SD2, so far semua berjalan dengan lancar.. oleh sebb aku dah tak makan nasi aku kurang ke toilet nak buang air besar.. 

Aku risau jugak nanti kesan sampingan produk ni.. Aku bertanye2 pade yg pakar lo.. diorang ckap memang macam tue.. aku kene banyakkan makanan bersayur..

 SAYUR??!! 

alAmak! sayur ape aku nak makan ni??

Ok aku usaha la beli sayur kat kedai bawah umah aku.. sayur sawi + lobak merah.

hasilnya..

Taaaadaaa...
Kalau nak makan sayur kene la hias cantik2 baru selera nak makan!!





Aku Si Pelat R | Aku Dan R: DAY 3 - MULA Minum Alpha Lipid SD2 dan Pantang Larang | Testimoni Benar Aku!!

DAY 3 - MULA Minum Alpha Lipid SD2 dan Pantang Larang | Testimoni Benar Aku!!

Assalamualaikum...

Hari ni 9-10-2012 (Selasa)

Aku dengan bangga nya dah start minum Alpha Lipid SD2 ni..

Rasanya .. Manis soya2 yang sedap.. macm rasa vanilla pun ada..

Macam2 dugaan hari ni.. dengan member office aku yang akan ajak aku keluar.. 

Aku takut nanti kang aku makan nasi pulak.. sebb ade pantang larang nak biar produk ni berkesan!!

PANTANG LARANG?? ape tu @@|||

Pantang larang bermaksud makanan yang TAK BOLEH dimakan !! :(



  1. Nasi / Mee / Bihun - segala macam makanan yang berkhabohidrat!!
  2. Roti -   pun TAK bolehhhh!!!~
  3. Makanan bergoreng!! KFC? - pun kene cuti makan.. :P
  4. Makana Berminyak!!
  5. Buah-buahan? - mesti korang pelik tak boleh makan kan??.. sebab buah-buahan mengandungi GULA yang tinggi!!~ hehe buah EPAL HIJAU boleh!! taadaa ade gak buah leh telan!!~
  6. KOPI ais / kopi panas/ kopi dangdut - semua mengandung kafein yang mesti dijauhkan!! haha
  7. Teh tarik mamak, air laici, air tembikai campur buah epal SEMUA tak boleh.. air suam je ok!!
Abis aku nak makan ape?????? 
dah semua tak boleh!! :( wuaahhh

Aku tak risau sebenarnya sebab Alpha Lipid SD2 ni buat aku kenyang selama 4 jam!! 

Jadual aku minum SD2!!
8.00 pagi - masa aku sampai kat office
12.00 tengah hari - sebelum aku g lunch
5.00 petang- sebelum aku balik rumah
8.00 malam- sebelum aku tengok berita utama.. hehe

DAY 2 - Aku Was-was nak Minum Alpha Lipid SD2 | Testimoni Benar Aku!!

Assalamualaikum.. 

Hari kedua.. aku belum mula minum susu tu ....

NAPE aku tak minum?

sebb aku TAKUT!!



TRAUMA!! - sebb aku tak nak jadi macam diet2 sebelum ni yang hangat2 taik ayam jer



DAY 1 - Aku beli Alpha Lipid SD2 | Testimoni Benar Aku!!

Assalamualikum.. fuyooo aku dengan tak semene2 aku membeli SD2 ni.. aku sebenarnya berat dalam 73kg tinggi 165cm.. kalau ikut BMI memang over berat!! lo.. oh tidakk!!

Tapi..

Nape aku tergerak hati nak beli SD2 ni.. ??

Penyebab dorongan aku beli Apha Lipid SD2







  1. Teman wanita aku mintak aku pakai baju kotak2 yang pernah beli dulu.. aku dah try tp tak muat la pulak!!.. so aku terpakse la diet!!!! dulu muat sekarang dah tak muat!! sebab BUNCIT ~~
  2. Sebab aku termakan dengan iklan BOLEH MENGURUSKAN DALAM MASA 2 MINGGU!! 2-3 KG!! haha.. so aku pun rase macam nak cube la.. sebb sebelum ni mcm2 aku dah try.. semua hampa @@!!!
  3. Aku akan mendirikan rumah tangga tak lame lagi.. so aku tak nak bila aku dalam gambar bulat2 je haha... aku nekad nak KURUS!!!
tue la antara penyebab musabab aku membeli Alpha Lipid SD2 ni selain aku nak tinggatkan keyakinan aku berhadapan dengan orang... Gemuk tak salah cume kalau ade peluang untuk kurus korang mesti akan rase kelainannyer.. betoll aku tak tipu!!~ hehe 

P/s :  Terima Kasih kat Azhar member kepada awek aku yang yakinkan aku beli produk ni.. TQ sangat!!

lisa surihani pelat "R"..???? | COPY & PASTE Blogger


lisa surihani pelat "R"..????


korang pernah jumpa tak orang yang pelat huruf "R"..??


pelat "R" nie macam kalau dia sebut huruf nie sama ada akan jadi huruf laen ataupown dengung dia terlebih kasar. contoh curi jadi culi, carik jadi cayik, jernih jadi jerghnih. agak pelik kan. tapi tue la hakikatnya.

aku salah seorang budak yang pelat huruf "R" nie. masa sekolah dulu selalu je kena ejek. kawan2 aku suka buat aku terpaksa sebut perkataan yang ada huruf "R" nie. seksa kowt nak sebut. lepastue suka hati je gelakkan aku.

masuk sekolah menengah naseb baek tak ada orang duk mengejek pasal pelat aku nie. sebab aku sedaya upaya sorok. kadang2 kalau ada perkataan yang melibatkan huruf "R" aku akan cakap laju2. naseb baek dorang dapat tangkap maksud aku tanpa perasan sangat kepelatan aku.

masa PLKN pulak aku cuba temuduga untuk jadi ketua kompeni. cikgu suruh bagi arahan. aku pown sedaya upaya la meneran suara bagi kuat. dah ok dah. dengung semua dah perfect. tapi yang kacaunya sebutan "R" aku. cikgu cuba nak ubah. tapi nak buat cam ner. dah aku dari kecik lagi pelat. tak boleh nak ubah. heeeee~

masuk jer UMP baru aku tau rupanya ramai jer yang pelat huruf "R" nie. antaranya abang kat kafe KK5. dia sampai sebut oren jadi oyen. lagi teruk. sampai tak boleh sebut lansung. aku ingat aku yang paling teruk.

selain tue aku dapat tau Lisa Surihani pown pelat "R" jugak. adik beradik la kitorang nie rupanya. hehehe.



ape pown aku dah tak malu sangat kalau sebut "R" nie. lantakla orang nak kate pe. janji aku bahagia. hehehehe.

sape lagi yang pelat "R"..?? cepat ngaku. huhuhuhu..

"R" for rabbit.. heeeeee~

si pelat RRRRRR | COPY & PASTE Blogger


Thursday, March 3, 2011


si pelat RRRRRR


dalm banyak2 huruf kat dunia nie.
aku paling x suka nak sebut huruf RRR..
sebab... sebab...sebab..
aku x boleh sebut..
dalam erti kata lain aku pelat 'R' lah..
aku dah cuba nak betulkan tapi x boleh..
aku ade jugak tanya doktor mase aku nak kena bedah mase
from 1 dulu, asal aku x boleh sebut 'R'
dia jawab mungkin sebab aku mengalami sakit tekak
yg teruk atau aku ni si 'istimewa'
aku selalu kena kutuk pasal pelat aku nie..
tapi aku x kisah asal x lebih2 han sudah lah..
yg penting ingatlah pepatah nie..
'dalam dunia nie x semua org sempurna,
setiap org ade kelebihan dan kekurangan t'sendiri'
so, korang x payah bangga yg korang tue sempurna sgt okey...

p/s: aku si istimewa 'pelat RRR'
aku juga si tangan 'kidal'
aku lain dari yg lain okey..

R itu menakutkan untuk si pelat seperti aku | COPY PASTE BLOGGER


R itu menakutkan untuk si pelat seperti aku

>> SATURDAY, MAY 1, 2010



It's a weekend accompanied by my beloved wife. Balik kampung, spending the weekend at my parents' house. Sambil tolong-tolong mak masak, banyak gak benda yang disembangkan. Antaranya kisah-kisau h masa aku kecik dulu..Mak dok citer la perangai budak2 aku kat wife ku. Huhuhu~~~

Antara yang mak citer, hal masa aku kecik yang pelat. Haa...dulu aku pelat nak sebut huruf R. Memang jadi huruf L yang tebal la bila nak cuba buat huruf R tu. Makcik2 aku selalu gak ajar aku nak sebut R.

"Camni, RRRRRRRRrrrrrr~~~~~~", sambil tunjukkan lidah yang bergetar-getar.

"Ooo..ok..ALELELELELELELE~~~~", aku cuba ikut getaran R tadi, tapi nyata bunyi yg kuar tetap huruf L...jadi ALE sebutannya..tapi bergetar. Korang bayangkan dan buat la sendiri.

Ada sekali tu mak guna petua guna daun lalang untuk lurut atas lidah tu. Perghhh!!!~~~ jangan harap le beb!! Aku cabut awal-awal dah sebelum mak aku sempat naik umah. huhu..


Tapi yg paling aku ingat saat paling menakutkan dan mencabar untuk sebut huruf R ni masa aku darjah satu. Pagi itu, Cikgu Mat Noor selaku guru muzik kami mengajar satu lagu baru. Tajuk sebenar lagu tu aku lupa, jadi aku letak la lagu tu sebagai 'Telefon Berbunyi". Haaa..korang ingat tak ada belajar lagu ni masa kat sekolah rendah???

Ni lirik lagu dia;

Telefon berbunyi RINGGGG RINGGG RINGGGGG
Ku angkat ku tanya siapaaa
Telefon berbunyi RINGGGG RINGGG RINGGGGG
Ku angkat ku tanya siapaaa

Lirik penuh dia aku lupa. Tapi rasanya macam ni je lirik dok ulang-ulang. Jadi kami pun belajar la menyanyi ramai-ramai. Sekali nama aku kena panggil plak.

"Kacak!!! Sila ke depan nyanyi untuk group ni", panggil Cikgu Mat Noor supaya aku wakil barisan tempat duduk aku.

Aku dengan berat hati tapi masa tu tak berapa nak segan, budak kan..pun berjalan ke hadapan kelas. Sambil berdiri menghadap rakan-rakan lain, Cikgu Mat Noor pun suruh aku nyanyi.

"Telefon berbunyi..WLlliiinnnngggggg wLLlliiinggggg wLllliinngggggg". Bunyi W halus di depan tu terhasil bila budak pelat R cuba sedaya upaya untuk meng'R'kan bunyi. Kemudian Cikgu Mat Noor suh pandang dia.

"Ulang"

"Telefon berbunyi..WLlliiinnnngggggg wLLlliiinggggg wLllliinngggggg"

"Rrrrinnnggggg"

"Wlinnggggggg"


Then cikgu tau dah yang aku memang pelat R. Jadi Cikgu pun suh aku duduk balik ke tempat aku. Tapi masa tu bukan cam zaman skang atau cam citer kat TV. Aku tak kena gelak pun. Huhuhuhuhu..Aku pun tak pasti start darjah berapa aku leh sebut R dengan betul.

Untuk parents kat luar tu, memang comel anak2 kecil sebut pelat, tapi kena tau stat bila kena cakap dengan bahasa dan sebutan yang betul instead of dok ajuk dia cakap pelat. Kang jadi cam aku. Tp kes aku, aku berjaya gak sebut R dengan jayanyaaaaa...


♥MrPetak.Com♥

Mesti Baca R