VV.I.P Yang Paling Hebat!~

lisa surihani pelat "R"..???? | COPY & PASTE Blogger


lisa surihani pelat "R"..????


korang pernah jumpa tak orang yang pelat huruf "R"..??


pelat "R" nie macam kalau dia sebut huruf nie sama ada akan jadi huruf laen ataupown dengung dia terlebih kasar. contoh curi jadi culi, carik jadi cayik, jernih jadi jerghnih. agak pelik kan. tapi tue la hakikatnya.

aku salah seorang budak yang pelat huruf "R" nie. masa sekolah dulu selalu je kena ejek. kawan2 aku suka buat aku terpaksa sebut perkataan yang ada huruf "R" nie. seksa kowt nak sebut. lepastue suka hati je gelakkan aku.

masuk sekolah menengah naseb baek tak ada orang duk mengejek pasal pelat aku nie. sebab aku sedaya upaya sorok. kadang2 kalau ada perkataan yang melibatkan huruf "R" aku akan cakap laju2. naseb baek dorang dapat tangkap maksud aku tanpa perasan sangat kepelatan aku.

masa PLKN pulak aku cuba temuduga untuk jadi ketua kompeni. cikgu suruh bagi arahan. aku pown sedaya upaya la meneran suara bagi kuat. dah ok dah. dengung semua dah perfect. tapi yang kacaunya sebutan "R" aku. cikgu cuba nak ubah. tapi nak buat cam ner. dah aku dari kecik lagi pelat. tak boleh nak ubah. heeeee~

masuk jer UMP baru aku tau rupanya ramai jer yang pelat huruf "R" nie. antaranya abang kat kafe KK5. dia sampai sebut oren jadi oyen. lagi teruk. sampai tak boleh sebut lansung. aku ingat aku yang paling teruk.

selain tue aku dapat tau Lisa Surihani pown pelat "R" jugak. adik beradik la kitorang nie rupanya. hehehe.



ape pown aku dah tak malu sangat kalau sebut "R" nie. lantakla orang nak kate pe. janji aku bahagia. hehehehe.

sape lagi yang pelat "R"..?? cepat ngaku. huhuhuhu..

"R" for rabbit.. heeeeee~

No comments:

Post a Comment

♥MrPetak.Com♥

Mesti Baca R