VV.I.P Yang Paling Hebat!~

Kisah R


Masa aku Darjah 3 di Sek.Keb.Sg Tiram, sewaktu di dalam bilik darjah, Cikgu aku suruh aku baca satu perkataan seingat aku cikgu aku suruh baca perkataan 'KERETA'.  Di sebabkan aku tak tahu aku ni pelat, aku sebut dengan penuh yakin. Cikgu menyuruh aku sebut beberapa kali. Cikgu ketawa, semua kawan-kawan pun ketawa sama. Ketika itu aku tak tahu ape salah aku. Sekarang aku baru sedar yang aku pelat 'R'.

Sejak hari itu, aku bertanya kat famili aku tentang pelat ni, mungkin bapa aku orang kelantan jadi pelatnya jadi pekat sikit :) heheh.. Kalau aku duk Kelantan mesti tak de orang gelakkan.

Ok, aku nak citer sikit pasal nama aku ni. Nama aku kan Rashid. Selalu aku akan sebut laju dibahagian depan agar sesiapa yang dengar tak perasan aku pelat. Tapi lain pulak jadinya, dia orang dengar 'HASYIM' pulak!!

♥MrPetak.Com♥

Mesti Baca R